Blog ini memaparkan senarai kuliah-kuliah yang disampaikan di Masjid Nurul Jihad,Taman Kinabutan Ria.
Senarai Kitab yang dirujuk :
1.Sullamussibyan (Kitab Solat)
Karangan : Al Marhum Tuan Guru Hj Chik Bin Ahmad

2.Panduan Sembahyang Berjemaah (dah khatam)
Karangan : Al Marhum Tuan Guru Hj Abdul Rahman

3.Matla' Al Badrain
Karangan : Abdul Faqir Al Fatani Syeikh Muhammad Bin Ismail Daud Fatani

4.Penawar Bagi Hati
Karangan : As Syeikh Abdul Qadir Bin Abdul Mutolib Al-Indonisi

Penyampai Kuliah : Al Ustaz Muhammad Faizal Bin Ahmad
(Pengerusi Masjid Nurul Jihad,Taman Kinabutan Ria,Tawau)

Rabu, 22 September 2010

sulam-13syarat sah jumaat ms227 22september2010

syarat sah jumaat,ada 13 :
1.islam
2.akil
3.berlaku 2 khutbahnya & solatnya dlm waktu zohor.
4.dikerjaknnya dlm lingkungan rumah-rumah samada dlm masjid
@ dlm rumah @ di atas tanah.
5.tiada mendahulu akannya & tiada beserta akannya oleh jumaat
yg lain pd takbiratulihram imamnya pd 1 tempat yg tiada harus
berbilang jumaat.
6.berjemaah sekalian yg 40 itu 1 rakaat yg pertamanya.
7.sekurang-kurang berjemaah itu 40 dgn imamnya drpd ahli jumaat
iaitu : islam yg mukallaf yg merdeka yg lelaki yg mastautin
pd tempat itu.
dan jikalau ada setengah yg 40 itu jin islam sekalipun,sahlah
dgnny dgn syarat jika jin itu ats rupa manusia.
8.kekal solat sekalian 40 itu dari permulaan solat sehingga salam
sekalian yg 40 itu.
9.sekalian yg 40 itu hendaklah ahli jumaat iaitu :
islam yg akil yg baligh yg merdeka yg lelaki yg mastautin pd
tempat itu.
10.sekalian 40 itu qari.(tepat bacaan fatihahnya)
11.hendaklh didahulukn 2 khutbahnya sblm solat.
12.hendaklh org yg jd imam itu dengar akn sekalian rukun 2 khutbah.
13.sekalian 40 makmum itu dengar akan sekalian rukun 2 khutbah.